Saturday, March 13, 2010

My story..


Salam untuk semua, just nak share cerita aku.. Baca2 la dulu yer.. mana tau kisah hidup kita pun sama...

Dulu aku pun macam korang.. Pagi-pagi dah bangun.. sembahyang subuh, pastu dah siap-siap untuk memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja. Pukul 7 dah start panaskan enjin motor.
Nasib baik cuaca cantik tak hujan... kalau tak, dok tepi jalan laa tunggu hujan berenti.. Dekat setengah jam perjalanan, baru lah sampai di tempat kerja.. Naik kebas punggung...Aku kerja sebagai seorang pembantu stor jer.. maklum lah... SPM jer... itu pun pangkat 3... Ikut title "pembantu stor", tapi job description nya, akulah pembantu stor, akulah sales, akulah despatch, akulah kerani, akulah QC, dan akulah driver... senang kata 'macai' laa... gaji aku langsung tak sepadan dgn kerja... tapi nak buat cam mana... aku yg pilih kerja tu.. aku yang isi borang,aku yang pergi interview, aku yang nak.... Pasal apa... itu jer kelulusan yang aku ada...

Buat salah, kena marah, itu ok laaa.. Ni kalau orang lain buat salah pun, aku gak yang kena marah.... uiiiii... tension..... tapi nak tak nak, esok datang kerja lagi... esok kena marah, lusa datang kerja lagi.....Kerja bagai nak gila, OT tak kira... tapi, aku tak boleh komplen.... aku yang pilih kerja tu......

Aku ingat itu saja pilihan yang ada, tapi rupa-rupanya, banyak lagi jalan yang ada yang aku boleh buat walaupun takde kelulusan yang bagus...Tapi sebelum tu, aku buat part time meniaga burger kat area rumah... Pukul 8 buka, pukul 11 tutup.. Hasilnya, boleh la bagi dua dengan isteri kesayangan.. Tapi, letih nya yang lebih.... balik, bila nak 'bersama' pun dah tak larat...



10 tahun bekerja, saving pun takde.. selama 10 tahun jugak laa aku dok ngan mak mertua aku.. Pasal, tak mampu nak beli rumah sendiri. Nak sewa, tak larat. Kerja teruk-teruk laki bini, hujung bulan dapat gaji, bayar hutang... Duit gaji tu bagi salam jer kat dalam akaun bank.. Pastu, gi kat akaun lain.. Dapat bonus, time tu laa road-tax mati, kereta rosak... macam tau-tau jerr..

Tapi itu dulu laa.. setahun yang lepas.. Sekarang, aku dah tak kerja lagi.. Dah resign.. aku dapat part time baru.. senang giler aargghh... kerja MACAM DESPATCH, tapi GAJI MACAM MANAGER.... tapi bukan terus berenti laa... aku buat part time dulu... tapi, alhamdullillah.. Aku berenti jual burger, aku buat la kerja baru aku tu secara part time.. waktu dia pun lebih kurang sama jer macam aku meniaga burger.. tapi kerja senang.... tak letih... Lebih kurang 4 bulan lepas tu, aku resign... semua orang kat tempat kerja terkezutt... Buat apa aku nak tunggu, aku dapat 3 kali ganda dari gaji aku bekerja kat situ.. baru part time... kalau aku buat full time,
perghhh... sawan beb.... sawan duit. Alhamdullilah, berkat doa dari ibubapa, dan tunjuk ajar kawan-kawan yang ada di sini, hidup aku dah berubah....dan sekarang masih lagi dalam proses ... Setahun jer aku buat bisnes ni dah boleh beli rumah sendiri, kereta pun dah cash. Nak beli kereta baru, nanti dulu laa.. Rumah lagi penting... Nak rasa dok kat rumah sendiri.....



Kalau ada rezeki lebih, insya allah aku nak taja mak aku, bapak aku, mak metua aku dan mak ngah kesayangan aku pergi umrah tahun ni... Isteri aku sekali laa.. dan aku harap, aku dapat bawak dorang sekurang-kurang nya sekali, pakai duit aku sendiri... aku ada mak sorang.. ayah sorang... kalau aku kerja lagi, aku rasa, ntah bila aku dapat bawak dorang pergi ke sana... Entah sempat ker tidak.. Cuba korang bayangkan.....

Aku berterima kasih sangat la dengan kawan-kawan yang banyak memberi tunjuk ajar dan segala ilmu2..dorongan ...terima kasih banyak-banyak. Aku berada di group yang betul.. yang boleh bimbing aku.. Rupa-rupanya, orang yang takde kelulusan macam kita pun boleh berjaya...Tak sangka, bermula dengan MENCUBA, akhirnya dengan BERJAYA.. kita tak tahu pasal masa depan, dan mugkin korang pun boleh mencuba..insya allah....jalan dah ada...bimbingan dah ada.. Kita buat sama2... kejayaan pasti milik kita.. Amin



apa bisnez????? pls call/ sms....... 012-3142982
atau email ke nouzzaresources@gmail.com

Tuesday, March 9, 2010

Siapa kita??.... Siapa dia....

Pernah tak korang tau sifat sifat kita, atau sifat-sifat kawan-kawan kita, orang yang kita sayang.

Bukan mintak percaya, cuma nak kongsi jer... Kita hidup dengan 5 elemen.. logam, air, api, kayu dan tanah... dari elemen-elemen inilah, kita dapat merungkai sifat-sifat kita. Macam mana kita nak tau elemen kita?? Melalui tarikh lahir kita...

1= Anda merupakan Ketua atau pemimpin(kumpulan,keluarga,agama,kerajaan,persatuan, dll),berani,tegas,mempunyai cita-cita tinggi,berkeyakinan diri,suka bebas. (LOGAM)

2 =Mempunyai idea yg bernas,tidak mempercayai kebolehan diri,berfikir dulu sebelum berkata-kata,kuat bercakap,Pandai Berkata-kata,Menyanyi,Berpidato,Pensyarah, pedebat dan boleh dikatakan lebih banyak menggunakan vocal (suara). Contohnya Siti Nurhaliza.Penyayang,lembut hati,tidak suka bersendirian,suka menolong,suka buat kerja org lain,selalu fikir dan peka ttg perasaan org lain, (AIR)

3=aggresif,baran,kurang sabar,kreatif,suka bersosial,mudah mesra,pandai berjenaka,ceria,mudah bergaul,mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yg boleh di gunakan dlm bidang penulisan dan lakonan.suka membuat sesuatu tapi jarang menghabiskan dan menyudahkan,suka melihat org lain gembira dan lakukan apa saja untuk melihat org itu gembira. (API)

4 = Perancang yg bagus,bijaksana,degil,suka ikut cara yg tersendiri,mampu bersabar,tekun bekerja,suka kerja keras,suka melakukan tugas secara sendirian,sgt peka,mempunyai cita-cita tinggi,mudah tertarik dgn aktiviti luaran,keras hati,fikiran dan kehendaknya sukar di ubah. (KAYU)

5 =Serba boleh,menceburkan diri lebih dari satu kerjaya dalam satu masa,amat berhati-hati,suka mencuba perkara baru,sikap ingin tahu,suka ambil risiko,bersemangat,mudah terpengaruh dgn perkara-perkara yg merugikan bakat,sentiasa sibuk mencari sesuatu peluang,mempunyai tenaga dan semangat yang kuat,mempunyai perasaan yg dirinya sentiasa dlm keadaan muda,degil,keras kepala,beremosi,pemarah. (TANAH)

6= mewakili kesenangan dan kekayaan,displin,teratur,tersusun,lebih menumpukan pada kesempurnaan diri sendiri,tidak suka sambil lewa dan kemalasan,cekap,degil,suka mengarah,terlalu mahukan ketepatan,suka buat kebajikan,suka membantu dan mejaga orang,romantik. (LOGAM)

7= Nombor bertuah,Suka berfikir,suka kesempurnaan,penganalisa,menerima sesuatu jika ada fakta,belas kasihan,suka membantu,minda yg baik,suka mencari dan menyelesaikan sesuatu perkara yg tersembunyi,suka berahsia,suka mempersoalkan tetapi tidak suka di soal,gemar memberi contoh dan teladan yg baik.sangat berpengetahuan,penyelidik yg baik,banyak pengikut, (AIR)

8=Berkebolehan mengurus sesuatu institusi,sibuk melihat dan mencari-cari sesuatu,sering tertekan,tabah,waras,adil,berterus terang,penilai yg baik,tegas,Kuat bekerja/belajar,mempunyai perancangan yg hebat. (API)

9=Cintakan sesama manusia,suka menolong org,bersifat gagah,boleh dipercayai,boleh di harap,menanggung beban tanpa sunggutan,tekun,berusaha,boleh menghiburkan org lain,suka berahsia,tamak,suka mengharapkan ganjaran,kurang bersimpati,tiada tolak ansur,tidak sensitif terhadap perasaan org lain,imiginasi yang baik atau kreatif,penghibur. (KAYU)

Macam mana ye nak dapatkan nombor kita ni... senang jer.. ikut cara di bawah.

cth: TARIH LAHIR PADA 04/03/2008

A B C D E F G H
0 4 0 3 2 0 0 8
I J K L
4 3 2 8
M N
7 1
O
8




A+B= I
C+D= J
E+F= K
G+H+ L


I+J= M
K+L= N


M+N= O (NOMBOR AKAR)


cuba laa...... nilai diri anda...